Buku Yok Ngomong Jowo
RM 35.00
0
Description
Yok Ngomong Jowo!
Buku asas bahasa Jawa
#1 di Malaysia dengan penerangan dalam bahasa Melayu mudah
So Now Everyone Can Speak Javanese!
Membaca buku ini semudah membaca ABC. Bagaikan anak kecil baru belajar membaca. Begitu jugalah buku ini menampilkan suku-kata berwarna untuk memudahkan pembaca yang langsung tiada asas bahasa Jawa untuk belajar menyebut perkataan Jawa dengan tepat.
Bahasa Jawa mempunyai sistem sebutan yang sedikit berbeza berbanding bahasa Melayu. Jadi kami sediakan panduan beserta tanda baca supaya perkataan tersebut dapat dibaca seperti orang Jawa yang Totok!
Disertakan dalam buku ini perbualan bahasa Jawa Kasar (Ngoko) dan juga Jawa Halus (Krama) yang digunakan orang Jawa sehari-hari. Jadi ayat-ayat yang disediakan dalam buku boleh terus di-aplikasi-kan dalam kehidupan seharian kita.
Buku ini kaya dengan warna dan sarat dengan infografik untuk meringankan pembacaan.
Perkara seperti sistem kalendar Jawa yang biasanya mengambil masa yang panjang untuk difahami.
Melalui infografik di dalam buku ini, ia menambah kefahaman dalam masa yang singkat!