Workbook Aku Saha Sêdulur
RM 20.00
RM 15.00
0
Description
Workbook “Aku Såhå Sêdulur” ini adalah salah satu langkah
intervensi serta cara awal bagaimana kami ingin memperkenalkan
bahasa Jawa kepada masyarakat Jawa di Malaysia.
Sebilangan besar masyarakat Jawa di Malaysia terutama yang
lahir pada tahun 50-an sehingga 90-an mampu menuturkan
bahasa Jawa Ngoko. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya mampu faham. Tetapi majoriti sudah tidak biasa mendengar bahasa Jawa
Krama.
Buku ini merupakan suatu usaha yang dibina sebagai jambatan
supaya orang Jawa Malaysia mampu untuk membina ayat bukan
sahaja dalam bahasa Jawa Ngoko, tetapi juga dalam bahasa Jawa
Krama.
Dengan workbook “Aku Såhå Sêdulur” ini, kita dapat menghapus
salah tanggap tentang bahasa Jawa Krama yang kononnya hanya mampu dituturkan dan difahami oleh golongan tertentu sahaja.
Kita berhasrat supaya bahasa Jawa di Malaysia mampu untuk
dituturkan oleh segenap lapisan masyarakat seterusnya
menjadikan bahasa Jawa sebagai satu bahasa yang hidup di
Malaysia.
.....
Boleh join group WhatsApp support bahasa Jawa ini. Kita ada sediakan kelas mingguan secara PERCUMA.
chat with seller